Model prototaip Honda Civic Type R (2023) dikesan jalani ujian di Litar Suzuka

1801

Sebelum ini, Honda ada menyiarkan teaser Honda Civic Type R (2023) yang dibalut dengan kamouflaj. Terbaharu, Honda mendedahkan imej Civic Type R yang dirakam di Litar Suzuka, Jepun.

Unit prototaip itu dibaluti dengan kamouflaj jingga dan hitam pada keseluruhan badan. Dari segi luaran, kelihatan ia masih menampilkan lampu depan dan belakang yang sama dengan Civic generasi ke-11.



Bahagian gril kelihatan lebih besar dengan rekaan honeycomb, fender yang lebih lebar, serta bampar yang menampilkan ruang pengambilan udara lebih besar. Selain itu, terdapat aliran udara di belakang ruang roda depan.

Manakala bampar belakang pula dipadankan dengan diffuser yang agak agresif dan masih menempatkan tiga tip ekzos pada bahagian tengah. Bagaimanapun, imej tersebut hanya mendedahkan bahagian luaran Civic Type R. Rekaan kabin masih lagi rahsia.

Kemungkinan Honda masih mengekalkan bentuk kabin Civic standard, iaitu tawaran tempat duduk bucket berwarna merah, papan pemuka bersama perincian ikonik Type R, tombol gear titanium dan kemasan merah pada beberapa komponen lain.

Dari segi janakuasa, mungkin Honda akan melakukan naik taraf pada unit rangkaian kuasa sedia ada. 

Honda Civic Type R di pasaran dijana oleh enjin 2.0 liter pengecas turbo empat silinder yang menghasilkan kuasa 306hp dan tork 295Nm dengan transmisi kotak gear manual enam-kelajuan bersama unit LSD. 

Honda akan memperkenalkan Civic Type R pada tahun depan dan dijangka akan berada di pasaran bermula 2023.

GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here