[Video] Tangan ‘nakal’ baling batu dari jejantas lebuhraya Malau, ramai terkena

4572

Tular sebuah rakaman video papan pemuka (dashcam), yang dipercayai perbuatan khianat individu yang tidak bertanggungjawab membaling batu ke arah kenderaan di lebuhraya Malau, Jitra Kedah.

BACA>>Kereta panas wanita ini cabut stereng Honda Civic EK99 setiap kali parkir



Pada awal video boleh dilihat keadaan yang agak tenang namun secara tiba-tiba satu ketulan batu besar jatuh dari atas laluan bertingkat sehingga memecahkan cermin kereta pemilik.

Susulan perkongsian tersebut di TikTok @kezurulzalzal97, rata-rata pengguna laman sosial turut berkongsi pengalaman mereka yang hampir sama dengan kejadian pemandu tersebut.

Bagaimanapun, lebih bernasib baik pemandu itu mampu mengawal keadaan dan dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Tolong berhati-hati dan tularkan agar orang lain tidak terkena sama. Nasib baik tidak terbabas, kejadian baling batu dari ‘flyover’.

“Baru sahaja saya terkena dengan menunggang motosikal pula sehingga bahu retak dan dada lebam, anggap sebagai dugaan bekerja.

“Kami mangsa kejadian lempar batu nasib tidak terbabas saya dan rakan-rakan yang dalam perjalanan ke Kuala Perlis, nasib baik rakan tidak melatah dan alhamdulillah Allah panjangkan umur kami.

BACA>>[Video] Hilang di kubur, rider Grab marah penumpang ghaib belum buat pembayaran

@kezurulzalzal97

Tlong Tt viralkn… spaya orng lain bole brhati2 pasni… nasib tak trbabas … #fypシ #fyppppppppppppppppppppppp

♬ original sound – 🇲🇾 KeyDin 🇲🇾 – 🇲🇾 KeyDin 🇲🇾

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here