Kereta ‘panas’, wanita ini cabut stereng Honda Civic EK99 setiap kali parkir

3587

Baru-baru ini tular sebuah video yang dimuatnaik akaun Tiktok @nachikcikna, yang menunjukkan seorang wanita mencabut stereng kereta lalu disimpan ke dalam beg tangan sebelum masuk ke dalam pasar raya.

BACA>>#TahukahAnda: Hilang kunci kereta?, ini gunanya kod nombor pada plat logam kecil



Difahamkan dia bertindak sedemikian sebagai langkah berjaga-jaga memandangkan Honda Civic EK99 merupakan kereta ‘panas’ yang menjadi sasaran pencuri. 

Dia dan suami membeli kereta tersebut pada harga RM 15,000 dan menghabiskan sehingga RM 40,000 bagi kos baik pulih dan tambahan aksesori. 

BACA>>Periksa empat aksesori ini pada kereta anda, jika tak mahu insurans tolak tuntutan

Selain itu, stereng tersebut turut dilengkapi ciri-ciri keselamatan untuk menghalangnya daripada tercabut sewaktu memandu.

“Saya memang selalu akan cabut stereng walaupun bila tinggal dekat rumah, saya pergi pasar raya pun saya akan bawa dan tinggalkan di tempat yang lebih selamat.

“Benda ni memang kalau sek-sek (geng-geng) yang main kereta JDM (Japanese Domestic Market – kereta yang hanya dijual di Jepun) macam Honda GTI mereka memang akan kenal stereng ni, orang memang susah nak curi sebab ada ciri-ciri keselamatan.

“Biasa kalau di rumah saya akan cabut, nak tidur letak bawah katil, kalau pergi jalan-jalan saya akan letak di tempat selamat,” katanya.

Rata-rata warganet turut berkongsi pengalaman mempunyai hobi yang sama dan menjelaskan mengapa tidakan wanita tersebut untuk mencabut stereng adalah bernas.

@nachikcikna

Balas kepada @alia.ashikin galass boleh, kelekk pom boleh sis comeyy

♬ original sound – F41Z_M1R4G3 43 – P3R0L_43 🥳

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here