Menteri: Tukar Perdana ke Vellfire setelah ambil kira kos sewa bulanan lebih rendah

1990

Kerajaan memutuskan menggunakan Toyota Vellfire 2.5L sebagai Kenderaan Rasmi Jawatan (KRJ) Menteri Kabinet setelah mengambil kira kos sewaan bulanan lebih rendah.

BACA>>Kerajaan tukar Proton Perdana menteri ke Toyota Vellfire, kos sewa bulanan RM5.8k

Penggunaan model Toyota Vellfire 2.5L (2021) yang berharga kira-kira RM368,000 bagi menteri-menteri persekutuan dibuat menggantikan Proton Perdana 2.4 Premium.



Pemilihan Toyota Vellfire 2.5L berikutan kos sewa bulanan model berkenaan lebih rendah iaitu RM4,851.61 berbanding Proton Perdana 2.4 Premium (RM4,854.41) yang ditamatkan pengeluarannya pada 2014 lalu.

BACA>>Kerajaan Papua New Guinea menyesal beli 40 unit Maserati Quattroporte, dah potong separuh hargapun tiada yang beli

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan memaklumkan, pertukaran itu mengambil kira pelbagai perbincangan dan mengakui bahawa cadangan penggantian itu sebenarnya telah dipertimbangkan semasa era pentadbiran terdahulu tetapi terpaksa ditangguhkan.

Untuk makluman, usia KRJ bagi jemaah menteri sebelum penggantian pada tahun ini ada yang mencecah enam tahun sedangkan penggantian KRJ bagi jemaah menteri sebenarnya dijadualkan setiap empat tahun sekali.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here