[Video] Rider Food Panda dalam longkang ingatkan jala ikan, rupanya terhumban kena langgar

1296

Baru-baru ini, tular mengenai kejadian seorang penghantar makanan Food Panda terlibat dalam kes langgar lari sehingga dia dan motornya tercampak ke dalam longkang.

Menerusi perkongsian video tersebut di Tiktok @prettyayue, pasangan suami isteri itu pada mulanya menyangka lelaki yang berada di dalam longkang sedang menjala ikan. 



“Mula-mula tak perasan pun ada orang terjatuh di dalam longkang, husband (suami) nampak ada orang dalam longkang, dia sangka ada orang sedang menjala ikan.

“Apabila pergi dekat, baru nampak motosikal. Ya Allah, memang tak ada siapa pun tolong dia, kasihan dia terkapai-kapai mahu naik ke atas,” katanya menerusi ciapan di Tiktok.

BACA>>JPJ: Rider p-hailing paling banyak langgar lampu isyarat sebab kejar trip

Namun setelah disedari kejadian yang berlaku sebenarnya satu kemalangan, suaminya meminta pertolongan orang ramai yang berada di sekitar kawasan itu untuk bersama-sama membantu mengangkat motosikal mangsa naik ke atas.

Dalam video itu dapat dilihat, mangsa kelihatan lemah dan tidak bermaya dengan keadaan pakaiannya yang basah akibat kemalangan tersebut dan disahkan hanya mengalami luka ringan. 

BACA>>Gelojoh menyelit, rider langgar anggota trafik jaga lalu lintas

@prettyayue

Ramai dtg membantu. Semoga ad rezeki #fypシ #fyppppppppppppppppppppppp #foodpandamalaysia #riderfoodpandamelaka #foodpanda #riderfoodpanda

♬ semangat ngontennya – SR.Kimz`ˢᵃⁿˢ

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here