Gelojoh menyelit, rider langgar anggota trafik jaga lalu lintas

6374

Waktu puncak di kota raya adalah ketika pagi dan petang iaitu masa penghuni bandar pergi dan pulang kerja.   

Pada waktu ini polis trafik ditempatkan di lokasi yang sesak agar dapat memastikan keadaan lalu lintas lancar.



Bagaimanapun, lain pula yang terjadi apabila satu klip video papan pemuka (dashcam) yang tular di media sosial, memaparkan seorang penunggang motosikal terlanggar seorang polis trafik yang sedang mengawal lalu lintas.

BACA>>Pengsan ketika memandu, Toyota Hilux terbabas laluan bertentangan langgar Alza

Video berdurasi 29 saat itu menunjukkan penunggang motosikal berkenaan cuba menyelit ruangan kosong antara susur keluar untuk ke lorong kanan sebelum melanggar anggota trafik yang sedang berdiri di tengah simpang tersebut. 

Akibat pelanggaran itu, polis trafik berkenaan jatuh terduduk dan topi keledarnya turut tercampak.

Lokasi kejadian tidak diketahui bagaimanapun seharusnya penunggang tersebut lebih peka dengan keadaan sekeliling tambahan ketika kejadian kenderaan bergerak perlahan.  Rakaman video berkenaan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen antaranya:

“Rider-rider semua janganlah galak sangat mencilok sampai tak nampak apa yang ada dekat depan. Jalan tu memang sibuk nak-nak lagi peak hour (waktu kemuncak).”

“Rushing sangat, mungkin ada hal. Kalau tengok cara bawa motor (motosikal) tu. Berhati-hatilah semua.”

“Leka tengok belakang, tapi di depan rupa-rupanya ada halangan. Belum betul-betul keluar dari selekoh, kalut sangat nak tukar lorong.”

BACA>>Belum sempat debut, Maserati Grecale kemalangan ketika pandu uji

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here