Harga jualan McLaren F1 Mr Bean melambung tinggi walaupun dah kemalangan beberapa kali

2848

Generasi era 90-an tentu tidak asing dengan nama Mr Bean dan watak komedi ikonik itu begitu sinonim dengan Morris Mini berwarna hijau. 

Namun, di luar watak komedi, Rowan Atkinson merupakan peminat kereta dan dia memiliki sebuah McLaren F1 (1997) yang dibeli pada berharga AS880,000 (RM3.7 juta). 



Tidak dinafikan pelakon English itu terlalu menikmati pemanduan supercar tersebut sehinggakan terlibat dalam beberapa insiden kemalangan. Kali pertama Atkinson kurang bernasib baik apabila ‘mencium’ kereta depannya sehingga merosakkan bahagian hud.

Kejadian yang berlaku pada tahun 1999 itu melibatkan baik pulih yang tidak murah kerana bahagian enjin supercar yang dilapisi emas tentunya memerlukan biaya yang tinggi. 

BACA>>[Video] Setiap hari ada saja kemalangan di kawasan ini unsur sabotaj atau mistik?- Rakuz Empire

Kemalangan kedua, dia melanggar papan tanda dan sebuah pokok sehingga keretanya terbakar. Bagaimanapun, pelakon Johnny English itu hanya mengalami kecederaan kecil pada bahagian bahu.

Bil baik pulih pula menelan kos lebih AS1 juta (RM4.1 juta) yang mana lebih mahal berbanding harga jualan supercar itu. Selepas dua insiden tersebut, Atkinson memutuskan untuk mengucapkan selamat tinggal kepada McLaren kesayangannya pada 2015.

Dia menjual McLaren F1 tersebut melalui pengedar persendirian dan mendapat keuntungan berlipat ganda walaupun sudah mengeluarkan wang baik pulih yang banyak.

Atkinson menjual supercar tersebut pada harga AS12.2 juta (RM50.7 juta). Kebanyakan kereta tidak bernilai selepas terlibat dalam kemalangan serius, tetapi kerana eksklusiviti nilai McLaren F1 terus meningkat.

McLaren F1 hanya dikeluarkan sebanyak 106 unit (64 daripadanya versi sah jalanan) yang menggunakan enjin 6.1 V12 dengan kuasa 627hp. Ruangan enjin menerima kemasan emas bagi menghalang haba panas. Selepas dikeluarkan, F1 adalah kereta jalanan terpantas di dunia. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here