Utama Berita Automotif Stesen minyak Iran kena serangan siber, pengguna tak boleh beli petrol harga...

Stesen minyak Iran kena serangan siber, pengguna tak boleh beli petrol harga subsidi

1680
Seluruh operasi stesen minyak di Iran lumpuh akibat serangan siber sehingga menyebabkan kenderaan pengguna beratur panjang untuk mengisi minyak.
 
Menurut laporan agensi ISNA, rakyat yang ingin mengisi minyak menggunakan kad subsidi kerajaan akan menerima mesej ‘Cyberattack 64411’.
 
 
Lima angka pada mesej itu dipercayai merujuk kepada nombor telefon pejabat pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei bahkan nombor tersebut juga digunakan dalam serangan siber di Iran Julai lalu.
 
Tindakan itu menyebabkan kesukaran pengguna mengisi minyak kerana sebahagian besar rakyat negara itu bergantung kepada bekalan minyak subsidi kerajaan. 
 
 
Bagaimanapun, lima peratus daripada 4,300 stesen dapat beroperasi semula pada pagi rabu semalam menurut wakil Syarikat Agihan Produk Minyak Iran Kebangsaan (NIOPDC). 

Sementara, hampir 3000 stesen minyak terpaksa menjual bahan bakar secara luar talian pada harga tanpa subsidi.
 
Sementara, laporan BBC News menyatakan sebuah kumpulan yang menamakan diri sebagai Predatory Sparrow mengakui melakukan penggodaman itu.
 
Namun, Setiausaha Suruhanjaya Tertinggi Ruang Siber, Abolhassan Firuzabadi berkata serangan itu dilakukan oleh negara luar tetapi terlalu awal untuk menuduh negara yang terlibat dan bagaimana mereka lakukan serangan tersebut.
 

Selain itu, mereka juga menggodam papan iklan digital di lebuh raya ibu negara Tehran dan lokasi lain yang memaparkan mesej: “[Pemimpin Tertinggi Ayatollah Ali] Khamenei, di manakah bahan api kami?.”

Kebanyakan rakyat Iran bergantung kepada subsidi bahan api susulan keadaan ekonomi negara berkenaan yang teruk akibat sekatan Amerika Syarikat (AS) selama bertahun-tahun, serta salah tadbir kerajaan dan rasuah.



Masalah ekonomi itu bertambah buruk apabila AS dan Iran masih belum duduk semeja bagi membincangkan semula perjanjian nuklear Tehran.
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here