Utama Berita Automotif Vellfire ‘kumpul’ 20 saman had laju akhirnya kena angkut JPJ

Vellfire ‘kumpul’ 20 saman had laju akhirnya kena angkut JPJ

5
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah menahan sebuah Toyota Vellfire selepas didapati memecut tanpa memikirkan keselamatan.
 
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, hasil semakan mendapati MPV mewah itu memiliki 20 saman aktif melibatkan kesalahan melebihi had laju yang masih belum dijelaskan.
 
“Lebih parah, cukai jalan juga tamat tempoh hampir dua tahun.
 
“Rekod tersebut membayangkan sikap sambil lewa terhadap undang-undang dan risiko kepada pengguna jalan raya lain,” menurut kenyataan. 
 
Susulan itu, pihak berkuasa menyita Toyota Vellfire berkenaan serta-merta untuk tindakan lanjut, dan pemilik diwajibkan menyelesaikan semua tunggakan sebelum sebarang pelepasan dipertimbangkan.

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here