[Video] Bengkel dari neraka, bayar RM12k suruh baik pulih namun kereta tinggal rangka

3994

Rata-rata pemilik kenderaan mengakui mereka sering tertipu, kerana ada segelintir pengusaha bengkel yang tidak jujur dengan pelanggan bagi meraih keuntungan berganda.

BACA>>[VIDEO] Batu terbang di lebuhraya dipercayai perbuatan khianat



Sepertimana perkongsian seorang wanita ini, yang dipercayai tertipu apabila menghantar kereta Proton Wira miliknya di sebuah bengkel di Johor Bharu untuk baik pulih. 

“Sedih lagi banyak dari marah, banyak kenangan dengan kereta ini orang Johor Bahru tolong saya”. 

Video tersebut dikongsikan sendiri oleh mangsa di akaun TikTok @ain_jeman dan menurut wanita tersebut, dia membayar sebanyak RM12,000 untuk membaiki keretanya. 

BACA>>Kereta panas wanita ini cabut stereng Honda Civic EK99 setiap kali parkir

Difahamkan mekanik memberi banyak alasan setelah meminta gambar perkembangan keretanya, dia mula rasa sangsi serta nekad untuk lihat sendiri keadaan keretanya di bengkel, namun apakan daya apa yang dilihat berbeza dengan apa yang dibayangkan.

Lebih mengejutkan selepas membuat lawatan mengejut ke kawasan tersebut, kereta kesayangannya hanya tinggal rangka bahkan enjin juga lesap dan ditutup dengan kanvas biru sahaja.

Susulan perkongsian itu, rata-rata orang ramai berasa berang dengan mekanik tersebut yang tidak bertanggungjawab dengan perbuatannya itu dan ada juga yang mahu menghulurkan pertolongan.

“Dulu saya pernah juga jadi macam ini, malas nak pening kepala saya pergi balai buat laporan polis, esok itu juga semua yang ada dekat bengkel kena angkut dengan polis.

“Pergi KPDNHEP minta borang tribunal fail saman di mahkamah tribunal, boleh dapat ganti rugi maksimum RM50,000.

“Ini baru dinamakan bengkel neraka, sebaiknya pergi buat laporan polis dulu, biarkan pihak berkuasa ambil keterangan dan tindakan, selepas itu baru cari jalan penyelesaian.

@ain_jeman

Sedih lagi banyak dari marah 🥲 banyak kenangan dengan kereta ni 🥲 orang jb tolong ainnn pleasee 🙏🏻🙏🏻🙏🏻 #viralvideo #fypシ #fypage

♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here