TikToker kongsi kos ‘makeup’ Bezza RM37k, netizen pertikai pelaburan yang ‘membazir’

13244

Setiap pemilik kereta memiliki selera berbeza apabila melakukan restorasi mahupun modifikasi pada kenderaan mereka. 

Ada antara mereka yang sanggup berhabis ribuan ringgit untuk mendapatkan hasil idaman bahkan mungkin pelaburan yang dilakukan tidak dapat diterima segelintir pihak.



Seperti mana yang dilakukan oleh seorang pemilik Perodua Bezza model facelift ini. Dia berkongsi proses transformasi sedan Perodua putih miliknya menerusi akaun TikTok @FendyMojo dan begitu popular dalam kalangan pengguna media sosial berkenaan.

Bahkan, transformasi garang yang dilakukan pada Bezza tersebut sering kali mencuri perhatian ketika dijalan raya sehinggakan ada yang memintanya berhenti untuk merakamkan gambar.

@fendymojo

Okey ini final total semua costing modified and accessories kt bezza facelift aku. #hitampremium #fendymojo

♬ original sound – Fendymojo – Fendymojo

Menerusi beberapa klip video yang dikongsi Fendy, dia sudah menghabiskan RM37,903 untuk mengubahsuai Perodua Bezza 1.0 (AT) tersebut menjadi sebuah sedan premium.

Bahagian kabin sahaja, Fendy menghabiskan sekitar RM15,000 dan luaran sekitar RM11, 520. 

“Ini costing luaran yang aku pakai sahaja aku kira. Tak termasuk barang lama yang dah tukar. Harga tu aku kira genap je senang yang sen malas kira.

“So dalam semua ni, calculator pink aku paling mahal,” tulisnya di bahagian komen.

@fendymojo

Total interior yang aku dah makeup dekat bezza ni. #hitampremium #fendymojo

♬ original sound – Fendymojo – Fendymojo

Bagaimanapun, ada antara pengikut Fendy yang menjelaskan hilang sentuhan premium apabila dia memilih warna merah jambu berkenaan. 

Tambahnya, pengiraan kos aksesori tersebut tidak termasuk aksesori lama yang ditukar baharu.

Berikut antara aksesori yang digunakan dan anggaran harga:

  • Semburan cat bumbung hitam (RM200)
  • Kemasan jalur merah pada skirting sisi, bampar depan dan belakang (RM80)
  • Cat kaliper berwarna merah  (RM150)
  • Lampu ‘welcome’ GearUp Perodua (RM370)
  • Parkir sensor depan (RM80)
  • Lampu depan kustom (RM900)
  • Rim (RM1800)
  • Kawalan pikap (RM200)
  • Punat tekan mula  (RM1000) 
  • Kedapan bunyi pada empat pintu dan bumbung (RM2,000)
  • Bar Ultra racing enjin (RM130)
  • Hon bunyi BMW (RM350)
  • Lampu LED kabin (RM640)
  • Pemegang kad (RM67)
  • Lampu LED tiang B Honda Jazz (RM470)
  • Lencana Perodua dan Bezza berwarna hitam (RM50)
  • Stereng (RM2000)
  • Karpet (RM1000)
  • Lampu hendal pintu (RM70)
  • Penutup pedal minyak dan brek (RM90)
  • Lining tepi pintu (RM350)
@fendymojo

Total aku makeup bezza2020 luaran sahaja RM11,520.00

♬ original sound – Fendymojo – Fendymojo

Perkongsian itu mendapat reaksi yang pelbagai daripada warganet. Ada yang menganggap modifikasi itu adalah satu pembaziran kerana boleh membeli sebuah lagi model Bezza baharu. 

Bagaimanapun, ada juga sebahagian netizen yang berpendapat hanya kaki modifikasi sahaja yang memahami dan berasa puas  selepas mendapat rupa akhir yang diinginkan.

Harga Bezza 1.0G adalah sekitar RM35,391 seunit yang mana dijana oleh enjin 998cc dengan kuasa 50kW dan tork 91Nm bersama transmisi 4-kelajuan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here