Orang kaya ini terkenal kerana beli nombor plat termahal (RM39 juta)

10361

Bagi golongan kayangan di Emiriah Arab Bersatu, tidak lengkap koleksi kenderaan mereka tanpa nombor plat satu digit.

Seperti ahli perniagaan di Dubai ini yang menghabiskan jutaan wang untuk mendapatkan nombor plat peribadi bagi salah satu kenderaannya. Lelaki yang dimaksudkan ialah Balvinder Sahni.



Dikenali juga sebagai Abu Sabah, Balvinder Sahni ialah pemaju hartanah asal India yang berpangkalan di Dubai dan pengerusi Kumpulan Syarikat RSG.

Walaupun tersenarai sebagai salah seorang jutawan Dubai, beliau antara jutawan yang memiliki nombor plat bagus.

Sahni juga menjadi tumpuan bukan kerana kisah kejayaan atau perniagaan yang berkembang pesat tetapi kerana memiliki nombor plat paling mahal di dunia ketika itu pada 2016.

Jelasnya, selepas pembelian itu tular Sahni tidak boleh keluar di khalayak ramai tanpa perlu berhenti kerana ada antara orang awam yang meminta mengambil gambar bahkan tidak kurang juga yang mengecamnya kerana membazirkan wang.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Balvinder Sahni (Abu Sabah) (@balvinder_sahni)

“Sukar, orang memberi komen tanpa mengenali saya,” katanya yang menggambarkan dirinya sebagai seorang yang sederhana.

Pemaju hartanah Dubai itu sememangnya menginginkan nombor 5 dan membida pada harga AED 33 juta dirham (RM39 juta) di acara lelongan kerajaan. Masa itu, ia adalah salah satu jumlah terbesar yang pernah dibelanjakan untuk nombor plat.

Plat satu digit itu kini menghiasi dua daripada enam kereta Rolls Royce miliknya. Bahkan, itu bukan kali pertama Sahni membelanjakan wang yang banyak buat nombor pendaftaran kenderaan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Balvinder Sahni (Abu Sabah) (@balvinder_sahni)

Sebelum ini, usahawan itu membeli nombor plat 9 dengan bidaan AED 24.5 juta (RM29 juta) pada acara lelongan 2015. 

Kerana Dubai tidak mempunyai cukai pendapatan, Sahni berkata beliau melihat pembelian nombor lesen itu sebagai sumbangan kepada tabung awam. Beliau percaya wang itu akan disalurkan untuk amal dan ke arah menambah baik infrastruktur bandar.

“Saya percaya untuk memberi kembali. Bandar ini telah memberi saya banyak,” jelasnya yang berhijrah ke Dubai ketika usia muda. 

Menurut laman web rasmi syarikat RSG (Raj Sahni Group) ditubuhkan pada tahun 70-an sebagai perniagaan alat ganti automotif dan tidak lama kemudian menceburi sektor seperti hartanah, peralatan perindustrian dan pelaburan serta pembangunan hartanah.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here