Beli Boeing ke-5 terbesar, jutawan ini jadikan 767 jet peribadi siap dengan pawagam

22725

Mungkin anda tidak pernah dengar mahupun tahu tentang seorang ahli perniagaan yang berpangkalan di Miami ini, John H. Ruiz. 

Bahkan, nama peguam berusia 55 tahun itu tiada dalam senarai jutawan. Tetapi kekayaan peribadinya menyaksikan peningkatan mendadak sejak beberapa tahun kebelakangan ini.



Ini dibuktikan lagi dengan pembelian aset peribadi baharu iaitu sebuah jet peribadi Boeing 767 VIP.  Boeing 767 merupakan sebuah pesawat yang luar biasa besar untuk sebuah jet milik persendirian.

PESAWAT KELIMA TERBESAR BOEING 

Pesawat sepanjang 48.5 meter itu merupakan Boeing ke-5 terbesar yang pernah dihasilkan. Malah, hanya beberapa individu di dunia memiliki Boeing itu antaranya oligarki Rusia, Roman Abramovich namun menggantikannya dengan 787 tahun lalu. 

Pesawat yang dibeli oleh Ruiz awal tahun ini ialah Boeing 767-200(ER) terpakai. Boeing 767-200(ER) itu memulakan perkhidmatan pada 1984 sebagai varian jarak tambahan pertama dalam keluarga 767.

Selain itu, ia juga 767 pertama yang melengkapkan perjalanan merentasi Atlantik tanpa henti. Sebagai sebuah pesawat komersial 200ER mampu memuatkan sehingga 216 penumpang.

Untuk mengubah pesawat itu menjadi jet peribadi, Ruzi menugaskan VIP Completions yang berpangkalan di Florida melakukan restorasi dan baikpulih.

Namun, itu bukanlah kenderaan udara Ruiz pertama yang mana sebelum ini jutawan itu pernah memperbaharui GIVSP Gulfstream, Cessna Citation X dan Gulfstream G550 ke VIP Completions.

Sebelum penyerahan pesawat kepada pemilik, seorang Youtuber Enes Yilmazer berpeluang melakukan lawatan kokpit kapal terbang berkenaan. 

PILIHAN WARNA HITAM PUTIH

Video itu secara komprehensif menunjukkan layanan istimewa dan mewah yang bakal diterima pemilik dan penumpang pesawat.

Ruiz memilih balutan skema warna hitam dan putih pada badan pesawat yang kelihatan diilhamkan dari sebuah supercar terutamanya corak pada penutup enjin mirip gentian karbon.

Kemudian kabin berkeluasan 2,000 kaki persegi itu untuk menampilkan enam ruang tamu berbeza, dua bilik utama, dua ruang istirehat, empat bilik mandi, pawagam peribadi dengan saiz skrin  dan stesen DJ serta ruang makan formal. 

Terdapat TV besar di dinding yang menghadap ke katil, manakala bilik mandi utama mendapat meja solek berkembar dengan meja marmar dan pancuran mandian bersaiz penuh.

Bilik tidur utama disambungkan ke bilik kabin kedua yang boleh diubah menjadi ruang istirahat. Ruang istirahat utama di tengah pesawat menempatkan pawagam dengan skrin 80 inci, stesen DJ dengan sistem bunyi berkaliber audiophile dengan meja makan penuh yang boleh memuatkan sehingga 7 orang. 

Menariknya, 767 adalah projek terbesar yang dilakukan oleh VIP Completions setakat ini. Menurut Business Insider, syarikat yang berpangkalan di Florida itu bekerjasama rapat dengan Ruiz untuk mencipta bahagian dalaman uber-luxe jet itu.

Tidak lupa pesawat itu turut dilengkapi dengan internet berkelajuan tinggi, audio definisi tinggi dan pencahayaan LED spektrum penuh. 

Menampilkan skema warna berani dan moden iaitu hitam, putih dan rona kelabu yang berbeza, bahagian dalam yang lembut telah disesuaikan dengan watak pemilik. Untuk mengetahui lebih terperinci anda boleh tonton video di bawah!. 

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here