Selepas 10 tahun, jet Boeing 747 milik putera Arab Saudi bakal dilupuskan..

36998

Boeing 747 persendirian yang jarang ditemui ini adalah milik putera Arab Saudi yang  bakal dilupuskan di Amerika Syarikat (AS). 

Putera Mahkota Saudi, Sultan bin Abdulaziz Al Saud menempah Boeing 747-8 serba putih itu pada harga £235 juta (1.2 bilion). Sayangnya beliau meninggal dunia setahun sebelum penghantaran pesawat itu pada 2012. 



Pesawat luar biasa yang seharusnya menjadi jet peribadi Sultan itu dipasang di Basel, Switzerland dengan kokpit VIP yang mewah. 

Bagaimanapun, selepas kemangkatan Sultan tiada ahli keluarga diraja Saudi lain yang ingin mengambil alih pesawat itu lalu ditinggalkan berhabuk dan berkarat di Switzerland selama sedekad.

Pesawat itu melakukan penerbangan terakhirnya ke Pinal Airpark di Arizona, AS yang merupakan lokasi terkenal di dunia sebagai tapak pengumpulan kapal terbang yang ditamatkan perkhidmatan lalu dijadikan skrap. 

Pinal Airpark

Rekod penerbangan selama 42 jam bermakna pesawat itu pada asasnya serba baharu, ini kerana Boeing 747 biasanya melengkapkan kira-kira 100,000 jam penerbangan sebelum dilupuskan. 

Penyahtauliahan 747 putera mahkota Arab Saudi itu mungkin dilihat sebagai satu pembaziran memandangkan pesawat itu digunakan secara meluas sebagai jet penumpang berkemampuan tinggi serta kenderaan kargo di seluruh dunia.

Data penjejakan penerbangan menunjukkan pesawat itu berlepas dari Basel yang menjadi lokasi tempat tinggalnya selama 10 tahun pada Jumaat (15 April) sebelum mendarat di Arizona 11 jam kemudian.

Setelah pesawat berlabuh di Pinal Airpark adalah mustahil untuk pengangkutan udara itu terbang semula. Tetapi tiga hari sebelum penerbangan terakhir, pesawat itu dibeli semula oleh Boeing yang bakal menerima nafas baharu.

Bagaimanapun, Boeing baru-baru ini mengumumkan perancangan untuk menghentikan pengeluaran pesawat terkenal dunia itu pada akhir tahun ini. 

Seringkali digelar sebagai ‘Queen of the Skies’, jet jumbo itu menjadi kegemaran Presiden Amerika dan terbukti sebagai kunci kepada perjalanan udara pasaran massa mampu milik di AS ketika diperkenalkan pada 1970.

Digelar ‘jumbo jet’ kerana bonggol yang besar, pesawat itu mampu membawa lebih 600 penumpang. Sejak kemunculannya pada Februari 1969, lebih daripada 1,500 model 747 dihantar dan lebih daripada 500 masih dalam perkhidmatan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here