Pesawat terbesar dunia lengkap ujian sulung, bakal lancar misi penting…

2393

Ramai yang memperkatakan tentang pesawat terbesar dunia ini sayangnya anda tidak akan dapat melihatnya di lapangan terbang komersial.

Bahkan saiz meganya mengalahkan pesawat besar lain yang ada di dunia termasuklah e Antonov An-225, Boeing 747-8, Airbus A380 dan Howard Hughes H-4 Hercules (Spruce Goose).

MISI PENTING



Pesawat Stratolaunch atau kod nama Roc berkenaan mempunyai misi penting iaitu melancarkan roket hipersonik. 

Saiz sayapnya saja 385 kaki, lebih panjang daripada padang bola manakala panjang fiuslaj (badan utama pesawat) berkembar adalah 238 kaki dan tinggi ekor (50 kaki).

Disebabkan saiznya yang bagak ia dibina di dalam hangar khas seluas 88,000 kaki persegi di Pangkalan Udara dan Angkasa Mojave. Terkini, Stratolaunch kembali terbang Ahad lalu bagi menyempurnakan ujian penerbangan pertamanya dalam tempoh lebih lapan bulan.

Misi penerbangan 4 jam dan 23 minit itu menguji tahap ketinggian dan sistem gear pendaratan pesawat ketika operasi menolak keluar dan memasukkan semula roda. 

Bagaimanapun ujian gear tersebut dihadkan sebagai langkah berjaga-jaga. Baki gear akan diuji pada penerbangan akan datang. 

CAPAI REKOD ALTITUD BAHARU 

Selain itu, dalam ujian berkenaan Stratolaunch mencapai altitud maksimum 23,500 kaki dengan kelajuan maksimum 180 kias. Sekaligus menjadikannya pesawat paling produktif dalam ujian penerbangan.

Ujian sebelumnya, Stratolaunch mencapai ketinggian 17,000 kaki dengan kelajuan 165 kias. Bagaimanapun pesawat itu direka untuk penerbangan ketinggian sekitar 35,000 kaki dan kelajuan maksimum 500 kias.  

Seperti mana kita boleh lihat pada gambar, pesawat gergasi itu didatangkan dengan dua badan utama yang dipisahkan dengan sayap selebar 95 kaki. Di bawah sayap tengah itu menempatkan tiga roket untuk dilancarkan ke ruang angkasa.

SUKAR MENDARAT

Rekaan dua badan tersebut juga tidak mudah untuk pengendalian terutamanya ketika pendaratan. Juruterbang tidak boleh mendarat di tengah landasan jadi mereka perlu berlatih untuk mengimbangi kapal terbang ke sebelah kanan landasan.

Selain itu, kerana kokpit terletak di fiuslaj kanan, juruterbang tidak dapat melihat keseluruhan sayap kiri yang terletak jauh. 

Sementara itu, berat maksimum pesawat untuk pelepasan adalah 650 tan kerana itulah Stratolaunch memerlukan sokongan 28 roda dan enam enjin turbofan Pratt and Whitney PW4056 daripada Boeing 747-400 yang sudah bersara.

Selain itu kerana saiz dan berat yang luar biasa, Stratolaunch memerlukan landasan sepanjang 3km untuk berlepas. 

GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here