LLM: 43 lorong SmartTAG akan dibuka semula secara berperingkat, tak jadi tutupke?

1175

Susulan isu RFID yang mendapat perhatian Perdana Menteri Malaysia, Lembaga Lebuhraya Malaysia (MLM) mengarahkan syarikat konsesi lebuh raya untuk mengekalkan kedua-dua lorong SmartTAG dan Touch n Go (TnG).

Menurut Berita RTM, LLM menyatakan 43 lorong SmartTAG akan dibuka semula secara berperingkat di 34 plaza tol bagi memastikan kelancaran trafik. 

“Pihak PLUS juga akan memastikan kelancaran trafik di plaza tol dengan menempatkan lebih banyak petugas di lorong termasuk penggunaan peranti pengesanan mudah alih bagi membantu pengguna yang mengalami masalah.



“Perlu memastikan prestasi sistem RFID ditingkatkan bagi mengelakkan kesesakan di plaza tol selain menambah bilangan pusat pemasangan tag RFID di sepanjang jajaran lebuh raya PLUS,” katanya menerusi satu kenyataan. 

Bagi memastikan pengguna lebuh raya mendapat maklumat yang tepat, PLUS juga perlu meluaskan penyebaran maklumat RFID menerusi semua saluran media bagi meningkatkan kefahaman dan kesedaran pengguna.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here