Utama Berita Automotif Berita Tempatan Gara-gara kejar kekasih curang, dua wanita cedera rempuh kereta

Gara-gara kejar kekasih curang, dua wanita cedera rempuh kereta

1991
Tular sebuah rakaman video papan pemuka (dashcam), membabitkan kemalangan sebuah motosikal jenis Yamaha Ego ditunggangi seorang remaja perempuan, 17 bersama ibunya merempuh sebuah kereta Perodua Myvi.
 
 
Menerusi video berdurasi 12 saat itu dapat dilihat, motosikal berkenaan melanggar bahagian tepi kereta hingga mengakibatkan penunggangnya jatuh di atas jalan manakala pembonceng tercampak ke atas bonet kereta.
 
Motosikal tersebut meluru laju hingga melanggar lampu isyarat merah di Jalan Sempadan yang dipercayai cuba mengejar sebuah kenderaan lain yang dinaiki teman lelaki bersama seorang wanita.
 
Selain itu, pelanggaran itu menyebabkan kereta mengalami kerosakan di bahagian pintu, cermin depan serta lampu pecah, manakala dilaporkan kedua-dua wanita tersebut selamat dan hanya mengalami cedera ringan.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika kereta yang dipandu lelaki terbabit dari arah Parit Buntar hendak balik ke Bandar Bharu, Kedah.
 
“Setibanya di lokasi, lampu isyarat telah hijau dan mangsa meneruskan perjalanan sebelum motosikal dinaiki dua wanita itu yang datang dari arah sebelah kanan melanggar bahagian tepi dipercayai tidak mematuhi lampu isyarat merah.
 
“Kertas siasatan telah dibuka di bawah Rule 10 LN166/59,” kata Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat.
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here