Cermin kereta pecah, buang ais batu dari atas bangunan

528

Kejadian membuang sampah daripada bangunan tinggi oleh individu tidak bertanggungjawab bukanlah kes baharu di negara ini.

Bahkan, pelbagai tindakan dan penyelesaian dilakukan supaya perkara tersebut tidak mengundang bahaya kepada orang ramai, termasuk menyita rumah yang didapati melakukan perbuatan tersebut.

Namun, nampak gayanya tidak memberi kesan kepada segelintir pihak walaupun tahun sudah menuju 2023.



Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi sebuah video cermin kereta miliknya pecah selepas satu bungkusan plastik mengandungi ais batu dibuang dari atas bangunan di sebuah pangsapuri sekitar Kepong.

Wanita itu turut menunjukkan isi plastik tersebut dan cermin kereta yang retak.

Kalau kena kepala, boleh bocor mat.

“Duduk rumah tinggi tu jagalah attitude, tukarlah mentality! Jangan duk aniaya orang macam ini. Menyusahkan orang,” tulisnya. 

Video yang mendapat 111.9k tontonan, 2227 tanda suka dan 329 komen itu turut meluahkan rasa kesal terhadap pihak pengurusan pangsapuri kerana tidak mahu mengambil tahu tentang perkara tersebut.

Menurutnya, dia telah membuat laporan kepada pihak polis dan badan pengurusan pangsapuri tersebut.

Bagaimanapun, dia terkilan apabila pihak pengurusan tidak mengambil sebarang tindakan tentang kes berkenaan.

“Harap lepas ni kereta dia pulak kena. Baru dia rasa. Yang membaling tu kami doakan semoga mendapat balasan setimpal,” tulisnya.

 

@nnisa.kaya Report polis & report to management telah dibuat. Namum kami amat terkilan dengan cara pihak Pengurusan Residensi ni yang tak nak ambil tahu langsung tentang kes ni. (Harap lepasni kereta dia pulak kena. Baru dia rasa). Yang membaling tu kami doakan semoga mendapat balasan setimpal #fyp #residensikepongmas #masukberanda ♬ Instrumen Sedih – Yuda pratama

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here