Honda ZR-V, nama untuk crossover baru adik kepada H-RV?

2464

Pelbagai syarikat pengeluar kenderaan di seluruh dunia pada masa ini boleh dikatakan sedang mengalami ‘demam’ crossover. Hal ini dibuktikan dengan Toyota, yang baru sahaja memperkenalkan Toyota Yaris Cross. Selain itu, Honda juga telah mengungkapkan nama SUV terbarunya iaitu Honda ZR-V.

Honda ZR-V

Nama ini telah dipaparkan di laman web World Intellectual Property Organization (WIPO) sejak 17 April 2020 yang lalu. Namun, masih belum ada maklumat yang terperinci mengenai kereta yang dikatakan sebuah crossover tersebut.



Ada kemungkinan bahawa kedudukkan Honda ZR-V akan berada di bawah Honda HR-V. Mungkin, jentera ini akan dilahirkan sebagai SUV dengan 5 tempat duduk, tetapi lebih mewah dan canggih dari Honda BR-V.

Ramalan ini juga berkaitan dengan keadaan pasaran automotif Eropah yang lebih menginginkan SUV B-Segment. Dimensinya yang cukup kecil dianggap mampu menjadikannya bergerak dengan lebih pantas ketika melalui jalan yang sesak di kawasan bandar.

Mungkin, tujuan Honda mempatenkan nama Honda ZR-V ini adalah agar tidak digunakan oleh syarikat pengeluar kenderaan yang lain. Maksudnya, syarikat pengeluar kenderaan dari Jepun ini betul-betul ingin menghasilkan kereta baru.

Sebelum ini, hal ini turut dilakukan oleh Mazda setelah memperkenalkan Mazda CX-30. Sekarang, mereka telah mempatenkan nama Mazda CX-10, CX-20, CX-30, CX-40, CX-60, CX-70,CX-80, dan CX-90 supaya nama tersebut tidak digunakan oleh syarikat pengeluar kenderaan yang lain.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here