Honda HR-V 2026 untuk Amerika Syarikat, bukan HR-V Global

10

Honda HR-V yang merupakan SUV popular di Amerika dalam kalangan pembeli kali pertama dan Gen-Z, kini tampil dengan gayaan dan ciri teknologi standard yang dipertingkatkan.

Sebelum itu, HR-V di Amerika bukan seperti model global atau tempatan dan dikenali sebagai ZR-V di Jepun. Model ini lebih besar daripada HR-V global.

Selain pembeli kali pertama dan Gen-Z, HR-V juga merupakan SUV subkompak popular dalam kalangan pembeli Hispanik.

HR-V 2026 direka untuk pembeli muda yang mahukan kereta sporty dengan ruang mencukupi untuk semua aktiviti mereka.

Pelanggan ditawarkan tiga varian iaitu LX, Sport, atau EX-L.

Untuk pengurusan cengkaman yang lebih baik, setiap HR-V ditawarkan pacuan Real Time All-Wheel Drive (AWD) dengan Intelligent Control™.

Selain itu, tidak seperti ZR-V di Jepun dengan 2.0 liter e:HEV dan 1.5 liter turbo, HR-V Amerika digerakkan enjin 2.0 liter i-VTEC® yang menghasilkan 158 kuasa kuda (hp).

Apa Yang Baharu untuk 2026

Penampilan HR-V 2026 menampilkan reka bentuk rim baharu yang tajam pada ketiga-tiga varian.

HR-V LX kini menggunakan rim aloi 17-inci Pewter Gray dan HR-V Sport menggunakan aloi Berlina Black 18-inci.

HR-V EX-L dipasang rim aloi 18-inci dengan kemasan mesin baharu (naik dari 17-inci).

Selain itu, LX kini dilengkapi kaca belakang privasi dan Sport pula didatangkan dengan lencana pintu belakang berwarna hitam berkilat.

Dua warna luaran serba baharu ditawarkan iaitu Solar Reflection Metallic untuk LX dan EX-L dan Boost Blue Pearl yang menyerlah dan eksklusif untuk model HR-V Sport yang popular.

Di dalam, HR-V 2026 dilengkapi pelbagai ciri standard baharu termasuk teknologi yang lebih canggih berbanding sebelum ini.

HR-V LX dan Sport dilengkapi skrin sentuh warna 9-inci yang lebih besar berbanding 7-inci dan mudah digunakan.

Skrin ini didatangkan dengan pemproses yang lebih pantas untuk prestasi tanpa lengah, keserasian Apple CarPlay dan Android Auto™ tanpa wayar.

Turut dilengkapi pengecas telefon tanpa wayar dan Port USB-C tersedia di seluruh kabin.

Dalaman HR-V dipertingkatkan dengan varian EX-L teratas menggunakan jejari stereng perak.

Turut dilengkapi lampu tombol kawalan iklim dinamik (merah, biru dan putih) dan lampu ruang kaki depan baharu.

Spesifikasi Enjin Honda HR-V 2026

  • Sesaran Enjin: 1,996 cc
  • Kuasa Kuda (SAE bersih): 158 kuasa kuda (hp) @ 6,500 rpm
  • Tork: 190.5 Nm @ 4,200 rpm
  • Pacuan Real-Time AWD with Intelligent Control System™: Pilihan

Ciri-ciri Baharu untuk HR-V 2026:

  • Perincian penggayaan luaran dan dalaman yang diperbaharui
  • Skrin sentuh HD 9-inci yang lebih besar (+2-inci) (standard)
  • Keserasian Apple CarPlay & Android Auto™ tanpa wayar (standard)
  • Pengecas telefon tanpa wayar (standard)
  • Rim aloi 17-inci Pewter Gray (LX)
  • Rim aloi 18-inci Berlina Black (Sport)
  • Rim 18-inci dengan kemasan mesin yang lebih besar (+1-inci) (EX-L)
  • Warna cat Solar Reflection Metallic dan Boost Blue Pearl
  • Kaca belakang privasi kini standard pada semua varian
  • Lencana pintu belakang hitam berkilat (Sport)
  • Jejari stereng berwarna perak (EX-L)
  • Lampu tombol kawalan iklim dinamik (EX-L)
  • Lampu ruang kaki depan (EX-L)

Ciri-ciri Utama HR-V:

  • Instrumentasi digital 7-inci
  • Enjin 2.0 liter yang responsif
  • Real Time All-Wheel Drive dengan Intelligent Control™ (pilihan)
  • Suspensi belakang bebas
  • Kawalan Penurunan Curam
  • Tiga mod pemanduan; Normal, Eco dan Salji
  • Teknologi keselamatan dan bantuan pemandu Honda Sensing®
  • Beg udara depan generasi baharu
  • Beg udara lutut penumpang depan standard dan beg udara impak sisi penumpang belakang

Harga Honda HR-V 2026 (Termasuk Caj Destinasi $1,395 USD)

LX (FWD):

  • Harga di AS: $27,595
  • Anggaran Harga (MYR): RM 117,738

LX (AWD):

  • Harga di AS: $29,095
  • Anggaran Harga (MYR): RM 123,905

Sport (FWD):

  • Harga di AS: $29,395
  • Anggaran Harga (MYR): RM 125,057

Sport (AWD):

  • Harga di AS: $30,895
  • Anggaran Harga (MYR): RM 131,313

EX-L (FWD):

  • Harga di AS: $31,445
  • Anggaran Harga (MYR): RM 133,968

EX-L (AWD):

  • Harga di AS: $32,945
  • Anggaran Harga (MYR): RM 140,568

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here