Brabus Rocket 900 sedan brutal dengan 900hp dan mampu capai 330km/j!

1615

Syarikat penala dari Jerman, Brabus kini mengumumkan sebuah model baharu iaitu Rocket 900. Kalau rasa Mercedes-AMG GT 63 S tak cukup power, inilah jentera yang boleh lihatkan.

Rocket 900

Seperti namanya, model baru ini mampu menghasilkan 900hp dari enjin AMG V8 twin turbo yang telah diubahsuai. Selain itu, kereta ini juga disertakan dengan kit badan lebar dengan gentian karbon, suspensi yang ditala semula dan banyak lagi ciri lain.



Menurut Brabus, kit badan mereka yang terdiri daripada bampar hadapan, diffuser dan spoiler telah dibangunkan semula dengan ruang kemasukan udara untuk menjadikan kereta ini lebih efisien secara aerodinamik dan downforce.

Model baru ini juga dilengkapi dengan satu set roda dari Brabus yang berukuran 21 inci pada bahagian hadapan dan 22 inci pada bahagian belakang.

Walaupun dilengkapi dengan enjin V8 GT-63 twin turbo, kebanyakan kompenen dari enjin ini telah diganti dan dinaik taraf. Kapasiti enjin telah meningkat dari 4.0-liter kepada 4.5-liter hasil daripada bore yang lebih besar dan crankshaft billet baru.

Rocket 900

Turbo dari Brabus yang disertakan juga mampu menghasilkan peningkatan tekanan sehingga 20psi. Secara keseluruhan, 900hp dan 1,049Nm tork berjaya dihasilkan.

Menurut Brabus lagi, Rocket 900 mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 2.8 saat dan 0-200km/j dalam masa 9.7 saat, sebelum mencapai kelajuan maksimum pada 330km/j.

Rocket 900

Rocket 900 hanya dihasilkan dalam kuantiti yang sangat terhad iaitu 10 unit. Harganya bermula pada USD516,000 (RM2.14 juta) di Eropah.

Apa pendapat anda?

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here