Suami Nora Danish kongsi imej Brabus G700 harga RM3.3 juta bantu mangsa banjir

20969

Banjir yang melanda sekurang-kurangnya lapan buah negeri di Malaysia hujung minggu lalu adalah di luar jangkaan bahkan apatah lagi di kawasan yang tidak pernah dilanda banjir besar sebelum ini.

Dalam keadaan yang sukar rakyat Malaysia begitu prihatin menghulurkan bantuan buat mangsa. Salah satunya yang menjadi perhatian adalah suami Nora Danish iaitu Nedim Nazri Aziz. 



Menerusi perkongsian akaun Twitter miliknya @NedimNazriAziz berkongsi sebuah gambar menunjukkan sebuah Brabus G700 6×6  digunakan bagi membantu mangsa banjir.

Bagaimanapun jangan salah sangka kerana kenderaan itu digunakan oleh Datuk Sunny bagi membantu memindahkan mangsa banjir dan Nedim hanya berkongsi imej tersebut di akaun Twitternya. Bahkan dia sempat berjenaka menerusi kapsyen ‘simpan rumah bagi kilat buat apa’. 

Untuk makluman, Naza Brabus yang berpangkalan di Glenmarie diberikan kepercayaan untuk menjual Brabus G700 6X6 versi pemanduan sebelah kanan yang dibawa sekitar 2017.

Harga jualan Brabus G700 6X6 tersebut bermula daripada RM3.35 juta (tidak termasuk cukai dan caj lain). Brabus G700 6×6 ialah SUV dikuasakan enjin V8 5.5 liter yang menghasilkan kuasa 690hp dan tork 956Nm.

Kelajuan maksimum jentera ini terhad kepada 160kmj saja kerana penggunaan tayar MT (Mud Terrain). Ia juga dilengkapi dengan transmisi automatik AMG Speedshift Plus 7G-Tronic dari Mercedes-Benz yang menghantar kuasa ke semua enam roda.

Sementara itu, menerusi tinjauan kami di akaun Twitter suami Nora Danish yang lebih mesra dipanggil Bos Ned itu bersama rakan-rakan turut membantu mangsa banjir sekitar Shah Alam dan Puchong.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here