[Video] Penduduk Thailand balut kereta guna plastik besar elak dimasuki air banjir

4558

Tiada siapa menjangkakan bencana banjir besar seperti mana yang berlaku di Lembah Klang dan Selangor pada Sabtu lalu sehingga menyebabkan kemusnahan dan kerugian besar.

Selain rumah dimasuki air, ramai yang gagal menyelamatkan kenderaan mereka akibat air naik dengan pantas dan dalam keadaan sedemikian nyawa lebih penting. 



Berikutan situasi banjir yang melanda, tular sebuah video yang dikongsi akaun Tiktok @fensyilegacy yang menunjukkan beberapa pemilik membalut kereta mereka menggunakan beg plastik besar bagi menghindari air banjir. 

Difahamkan situasi itu berlaku di Thailand yang mana kenderaan dibaluti beg plastik besar dan hujung plastik diikat dengan tali bagi mengelak dimasuki air banjir. 

Susulan perkongsian itu, rata-rata orang ramai teruja dan mahu membeli beg plastik besar tersebut untuk membuat persediaan bagi mengurangkan kesan serta mengelakkan kerugian besar sekiranya banjir berulang.

“Standby beli bende ni letak dalam kereta.”

“harganya kat shopee orang jual boleh pakai untk beli insurance bencana alam 😅..kat shopee(car flood plastic).”

@fensyilegacy

Rupa-rupaNya dekat Thailand dh banyak buat macam ni.. #foryou #fypシ #banjir2021

♬ ทน – Sprite & GUYGEEGEE

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here