Perodua tawar rebat, diskaun dan pemeriksaan percuma kepada pemilik terjejas akibat banjir

3479

Perodua menawarkan bantuan, termasuk rebat perkhidmatan tunda kenderaan, diskaun ke atas alat-alat ganti terpilih dan pemeriksaan percuma kenderaan kepada semua pemilik kenderaan Perodua yang terjejas akibat banjir.

Setakat 19 Disember 2021, beberapa bahagian di Selangor, Putrajaya, Kuala Lumpur, Melaka, Kelantan, Terengganu dan Pahang sudah terkesan akibat banjir.



Presiden Dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, pelanggannya amat penting buat syarikatnya dan perkhidmatan tambah nilai itu disediakan bagi membantu meringankan sedikit beban yang dihadapi oleh mereka ketika bencana.

“Walaupun beberapa pusat servis kami turut terjejas akibat banjir, pelanggan kami amat dialu-alukan untuk merujuk mana-mana cawangan perkhidmatan kami yang  lain di seluruh Malaysia untuk mendapatkan bantuan.”

“Kami sedang melakukan yang terbaik untuk menyambung semula operasi kami (di kawasan terjejas) secepat mungkin,” katanya.

Mengenai bantuan yang diberikan, pelanggan Perodua boleh membuat tuntutan untuk perkhidmatan menunda kenderaan maksimum sehingga RM100 di pusat servis Perodua berhampiran mengikut kepada terma dan syarat.

Selain itu, Perodua juga turut menawarkan potongan 20 peratus untuk alat-alat ganti terpilih kepada pemilik Perodua yang kenderaan mereka rosak akibat banjir.

Alat-alat ganti tersebut termasuk semua barangan elektronik, gasket baik pulih enjin, tempat duduk kenderaan, kemasan pintu dan permaidani.

Pelanggan Perodua, yang kenderaannya mengalami kerosakan akibat banjir digalakkan untuk menghubungi talian perkhidmatan pelanggan bebas tol Perodua di 1-800-88-5555 untuk bantuan menunda (tertakluk kepada terma dan syarat).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here