Utama Berita Automotif Motor elektrik tercabut, BYD dakwa berpunca daripada pelanggaran bawah badan

Motor elektrik tercabut, BYD dakwa berpunca daripada pelanggaran bawah badan

21

Sejak berdekad lamanya pengeluar kenderaan China sedaya upaya untuk membuang reputasi lama sebagai penghasil kereta murah dan “cap ayam”. 

Secara umumnya, kualiti kebanyakan kenderaan dari Tanah Besar China sememangnya meningkat dengan signifikan, cuma sekali sekala ada insiden yang membuatkan stereotaip itu muncul kembali. 

Minggu lalu, media sosial China kecoh dengan rakaman sebuah BYD Tang EV yang sedang melalui jalan dalam keadaan motor elektrik belakang tergantung keluar.

Akibatnya, ramai yang berspekulasi bahawa motor elektrik Tang EV itu tercabut akibat jalan yang dinaiki air yang tingginnya tidak pun sampai dua inci. 

 

 

Menurut kenyataan rasmi BYD, motor elektrik Tang tersebut tidak tercabut kerana air banjir, akan tetapi akibat pelanggaran bawah badan yang teruk ketika pemandu meredah banjir. 

Ia dipercayai berlaku lebih awal pada laluan yang ditenggelami air yang dalam sebelum orang awam mula merakam kejadian tersebut. 

Imej yang diperoleh daripada CarNewsChina menunjukkan sebahagian daripada perumah motor itu sudah terjatuh atas jalan dengan kabel voltan tinggi berwarna oren yang masih bersambung. 

Model Tang tersebut dipercayai merupakan EV versi dwi-motor di mana ia masih lagi boleh bergerak menggunakan motor elektrik hadapan. 

BYD turut memaklumkan pihak mereka telah menghubungi pemilik dan memeriksa kenderaan tersebut. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here