
Volkswagen Brazil memperkenalkan model pikap kompak unibodi yang dibangunkan khusus untuk pasaran Amerika Selatan, iaitu VW Tukan (2027).
Model ini direka, dibangunkan dan dipasang sepenuhnya di Brazil bagi melawan pesaing utamanya iaitu Fiat Strada.
Ia dibina berdasarkan pelantar MQB yang diubah suai daripada VW T-Cross, dan menariknya Tukan merupakan kenderaan MQB pertama membawakan tetapan suspensi belakang jenis spring dedaun.
Spesifikasi penuh belum didedahkan buat masa ini, namun VW mengesahkan Tukan akan ditawarkan dengan enjin 1.5liter TSI hibrid ringan serta pilihan enjin flex-fuel.
Reka bentuk luaran mengikut bahasa rekaan terkini SUV Volkswagen, namun dengan karakter yang lebih lasak.
Lampu utama LED diinspirasikan daripada Tiguan pasaran Eropah, sementara profil sisi pula menampilkan gerbang roda berbentuk petak dan plastik cladding tebal.
Bahagian belakang membawakan lampu LED yang diposisikan menegak, diikuti pintu tailgate yang besar.
Terdapat dua gaya badan disediakan iaitu versi single cab dan juga double-cab.
Versi single-cab dua pintu ditawarkan dalam spesifikasi asas Robust di mana ia hadir dengan bampar hitam yang tidak dicat.
Sementara versi double-cab hadir dalam varian Extreme yang lebih premium, lengkap dengan lampu LED penuh, rim aloi gelapo, sports bar dan juga warna Canary Yellow.
Penghantaran rasmi untuk pasaran Amerika Selatan dijadualkan bermula separuh pertama tahun hadapan, dengan pengeluaran dibuat di kilang Volkswagen São José dos Pinhais, Paraná, Brazil.
































