
Ini mungkin sekali sebuah binaan ute yang cukup unik kerana ia menggunakan asas daripada sebuah BMW M4 Competition.
Projek unik yang dinamakan sebagai M4 Maloo ini datang daripada DinMann, pembuat komponen gentian karbon untuk pelbagai model BMW.
Menariknya, ute pantas ini sedia untuk mencari pemilik baharu dengan tag harga sekitar US$145,000 (RM571 ribu).
Selain transformasi badan yang radikal (daripada coupe menjadi ute), M4 Maloo ini turut menerima beberapa naik taraf prestasi:
- Turbo dinaik taraf
- Intake manifold gentian karbon
- Ekzos dinaik taraf
Model standard BMW M4 Competition xDrive menghasilkan 503hp dan 479 lb-ft tork. Dengan modifikasi ini, kuasanya dijangka lebih tinggi daripada angka asal.
Dengan badan yang kini lebih ringan hasil penukaran kepada ute, sistem xDrive AWD, serta naik taraf enjin, M4 Maloo ini berpotensi melakukan pecutan 0–60 mph di bawah 3 saat.
Berdasarkan hantaran di Instagram, BMW M4 Ute model tahun 2022 ini memiliki jarak perbatuan sekitar 12,000 km.
View this post on Instagram































