BMW M4 G82 jadi habuan kepada pemenang MotoGP Styria

1375

BMW telah menaja perlumbaan MotoGP sejak tahun 1999, dan telah menjadikan BMW M sebagai kereta keselamatan hampir setiap kali perlumbaan diadakan. 

Prototaip BMW M4 G82. Imej: BMWBlog

Tetapi pada tahun ini, pengeluar dari Jerman tersebut akan memberikan sedikit kejutan, dengan menawarkan BMW M4 G82 2021 eksklusif kepada pemenang perlumbaan siri MotoGP Styria yang akan berlangsung pada 21-23 Ogos 2020.

Hadiah sedemikian merupakan yang pertama diberikan sejak kejuraan MotoGP mula diperkenalkan pada tahun 1949.



“Pada masa yang sulit ini, tidak mustahil untuk kita menyudahkan kalendar Grand Prix baru yang telah ditetapkan. Dorna Sports telah melakukan kerja dengan baik. Saya mewakili pasukan BMW di kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih,” kata Markus Flasch, CEO BMW M GmbH.

Selain itu, CEO BMW M turut berkata perlumbaan tersebut akan menjadi tempat pengenalan BMW M4 GT3 baru.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here