
Suzuki Jerman melancarkan model retro Katana Limited Edition, di mana hanya 45 unit sahaja yang akan dihasilkan.
Untuk edisi terhad ini, Suzuki menambah beberapa elemen kosmetik baharu bagi menonjolkan lagi karakter motosikal tersebut.
Antara perubahan paling ketara:
- Setiap unit menerima pelekat bernombor mengikut siri 45-unit.
- Tank pad bertekstur karbon, frame slider, dan penutup belakang (rear fairing) berwarna hitam.
- Kit pelekat hitam-perak baharu dipanggil “The Edge”, direka untuk menyerlahkan lagi garis sudut Katana.
Pemilik Katana Limited Edition turut menerima beberapa aksesori eksklusif:
- Tikar garaj hitam dengan logo Katana.
- Buku Katana History, merangkumi perkembangan model ini sepanjang lebih 40 tahun.
Satu-satunya perubahan mekanikal ialah penukaran ekzos standard kepada Akrapovič slip‑on yang direka khusus untuk Katana.
Komponen lain seperti casis, brek dan enjin masih kekal sama seperti model standard.
Katana Limited Edition dikuasakan oleh enjin 999cc empat silinder sebaris daripada GSX‑R1000, dengan output 152hp.
Untuk model Katana, talaannya lebih fokus kepada tork pertengahan berbanding kuasa puncak.
Ia turut dilengkapi:
- Pendikit ride‑by‑wire
- 3 mod tunggangan
- Traction control 5 tahap (STCS)
- Quickshifter dua hala sebagai standard
Suzuki Katana Limited Edition hanya dihasilkan eksklusif untuk pasaran Jerman dengan harga jualan €15,045 (RM69 ribu).


































