Suzuki Katana Limited Edition bakal tiba di Jepun tahun depan, hanya 100 unit!

1789

Suzuki bakal memperkenalkan Katana Limited Edition 2021 pada awal tahun hadapan. Selain Jepun, motosikal ini juga akan diedarkan ke beberapa negara lain dalam jumlah yang terhad.

Suzuki Katana Limited Edition 2021

Hanya 100 unit dihasilkan, Katana Limited Edition 2021 difahamkan akan mula dijual pada 11 Januari 2021.



Motosikal ini dihasilkan berdasarkan model terdahulu, dimana ianya dikuasakan oleh enjin 4-silinder DOHC yang mampu menghasilkan 147.5hp dan 108Nm tork.

Suzuki Katana Limited Edition 2021

Enjin tersebut digabungkan dengan transmisi manual 6-kelajuan dan sistem suntikan bahan bakar elektronik. Dari segi penampilan, model baharu tidak jauh berbeza dengan generasi sebeumnya.

Suzuki Katana Limited Edition 2021

Terdapat beberapa perubahan pada komponen tertentu seperti warna baharu iaitu Candy Darling Red dan kemasan warna emas pada sistem suspensi, rantai dan hendal.

Motosikal ini dilengkapi dengan tangki bahan bakar 12 liter, roda 17 inci dengan tayar hadapan bersaiz 120/70 dan tayar belakang bersaiz 190/60, brek cakera dari Brembo dan mempunyai berat tanpa cecair 215kg.

Suzuki Katana Limited Edition 2021

Suzuki Katana Limited Edition 2021 akan dijual pada harga 1,595,000 Yen (RM62k) termasuk cukai dan caj penghantaran.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here