Utama Berita Automotif Jualan hambar, produksi Hyundai Santa Cruz dihentikan lebih awal

Jualan hambar, produksi Hyundai Santa Cruz dihentikan lebih awal

3

Bila berbicara tentang trak pikap (unibodi & body-on-frame), pengguna di Amerika Syarikat lebih gemarkan model daripada jenama terkemuka seperti Ford, GMC, Chevrolet dan Toyota.

Disebabkan itu, percaturan Hyundai untuk mencuri secebis pegangan dalam segmen trak pikap menerusi model unibodi Santa Cruz nampaknya tidak menjadi.

Menurut laporan, Hyundai terpaksa menghentikan pengeluaran model tersebu lebih awal daripada sasaran 2027 disebabkan oleh jualan yang tidak memberangsangkan.

Konsepnya menarik di atas kertas — crossover selesa dengan ruang kargo kecil untuk golongan “outdoor”.

Namun Santa Cruz gagal mencari identiti jelas, tidak cukup praktikal sebagai trak dan tidak cukup menarik sebagai kenderaan gaya hidup. Varian rugged XRT pun tidak membantu.

Dalam masa yang sama, Ford Maverick terus mendominasi dengan pilihan varian hibrid yang tidak ada pada model Santa Cruz. Maverick mencatat 155,000 unit tahun lalu, manakala Santa Cruz jatuh 20% kepada 25,500 unit sahaja.

Stok tidak terjual menimbun di pengedar, memaksa Hyundai mengurangkan pengeluaran hampir separuh dan bersedia menamatkan model itu lebih awal daripada sasaran 2027.

Ruang kilang di Alabama pula akan digunakan untuk menghasilkan lebih banyak Tucson yang mencatat jualan 234,000 unit tahun lalu.

Namun begitu, Hyundai tidak berputus asa dan kini sedang berusaha untuk membangunkan trak pikap saiz sederhana menggunakan platform body-on-frame.

Model baharu ini bakal menjadi pesaing secara terus kepada Toyota Tacoma dan Ford Ranger apabila dilancarkan pada tahun 2029, dan ia tidak langsung mempunyai kaitan dengan Kia Tasman.

Selain trak pikap, CEO-nya José Muñoz turut memberi bayangan SUV off-road baharu mungkin akan dibangunkan berdasarkan platform yang sama sebagai pencabar kepada Toyota 4Runner dan Ford Bronco.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here