Hyundai mahu bina trak pikap sebenar, lebih gagah berbanding Santa Cruz

9

Hyundai sebelum ini mempunyai model trak pikap yang dinamakan sebagai Santa Cruz.

Namun bagi sesetengah pihak, Santa Cruz bukanlah trak pikap yang sebenar, ia adalah sekadar model Tucson yang ditambah bed belakang, dan masih lagi menggunakan kerangka unibodi.

Dalam perkembangan terbaharu, Hyundai mengesahkan perancangan untuk menghasilkan trak pikap sebenar yang mampu melawan pesaing seperti Toyota Hilux, Ford Ranger dan Kia Tasman.

Berdasarkan laporan Drive, CEO Hyundai Australia Don Romano menjelaskan, “saya yakin sebuah ute (trak pikap) akan tiba tidak lama lagi. Namun masa ketibaan itu akan bergantung kepada jenis ute yang kami akan bangunkan.

“Jika ia menggunakan platform body-on-frame macam Tasman, ia akan tiba dalam masa terdekat.”

Hyundai juga berkemungkinan besar akan meneroka kerjasama dengan General Motors.

“Kami akan melihat apa yang tersedia daripada GM. Sasaran saya adalah untuk terus melihat ke hadapan, dan kami juga mempunyai kerjasama strategik dengan GM, tapi bukan sekadar ute.

“Kami mahu mempunyai pelbagai pilihan, dan GM merupakan sebahagian daripada itu.”

Kenyataan tersebut sekaligus menidakkan ura-ura Hyundai mahu menggunakan platform Kia Tasman, apatah lagi melihatkan kepada undang-undang pelepasan emisi Australia yang semakin ketat dilaksanakan.

Hyundai juga berharap produksi trak pikap baharu itu akan dilaksanakan di Australia dalam tempoh tiga tahun akan datang.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here