Harga bateri Mustang Mach-E boleh beli sebuah Ford Maverick baharu

1070

Harga bateri lithium-ion sebenarnya sudah menurun 89 peratus sejak 2010 bagaimanapun tanda harga komponen tersebut masih tidak murah.

Misalnya kos harga bateri Ford Mustang Mach-E lebih mahal berbanding sebuah model Ford Maverick baharu. 



Harga adalah berbeza mengikut pek dan wakil jualan bagaimanapun harga bateri baharu bagi model standard Mustang Mach-E adalah AS18,514.13 (RM77,468) dan boleh mencapai sehingga AS23,684.94 (RM99,105).

Bahkan lebih mahal AS2,158.94 (RM9,029) berbanding model asas Maverick. Selain itu, harga berkenaan juga tidak termasuk caj penghantaran dan tentunya anda perlu mengeluarkan wang yang banyak untuk itu memandangkan berat bateri 485kg.

Alternatif yang ada adalah membeli terus di wakil jualan sekiranya menggantikan pek bateri tersebut.

Sekiranya anda ingin membeli Mustang Mach-E, tanda harga bateri perlu diambil kira bagi kos penyelanggaraan akan datang. Harga Ford Mustang Mach-E di Amerika Syarikat adalah $43,895 (RM183,669). 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here