Tular video bawa 3 kanak-kanak secara bahaya, pemandu Perodua Alza ditahan

2005
Seorang wanita ditahan pihak polis selepas sebuah video tular menunjukkan  tiga kanak-kanak duduk di atas tingkap kereta Perodua Alza ketika kenderaan tersebut sedang bergerak laju di jalan raya.
 
 
Bertindak di atas maklumat, pasukan Risikan Operasi JSPT Bukit Aman menjalankan risikan dan berjaya mengesan pemilik kenderaan tersebut yang beralamat di Kajang, Selangor.
 
Kemudian pasukan menahan seorang wanita iaitu pemandu Perodua Alza yang membawa tiga kanak-kanak yang merupakan anak saudaranya. Kejadian berlaku ketika wanita tersebut memandu di Jalan Reko, Kajang pada 25 Disember  lalu.
 
 
Wanita itu ditahan dan dibawa ke Balai Trafik Ibu Pejabat Daerah Kajang untuk tindakan lanjut dan akan disiasat di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan (Akta 574) – Perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain dan Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001- Penganiyaan, pengabaian ke atas kanak-kanak.
 
JSPT mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada netizen yang menyalurkan maklumat sebegini agar tindakan undang-undang boleh diambil kepada mereka yang melanggar peraturan dan undang-undang di jalan raya.
 
 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here