Perjalanan kereta api terpanjang dunia dari Portugal ke Singapura, 21 hari saja

23730

Bagi perjalanan merentasi benua, pelancong lebih selesa memilih kapal terbang bagi memendekkan masa perjalanan.

Bagaimanapun buat mereka yang gemarkan pengembaraan dan menikmati pemandangan alam serta tidak begitu terikat dengan jadual akan memilih perjalanan darat misalnya kereta api.

Namun, tahukah anda dengan pembukaan laluan kereta api baharu di Laos telah mewujudkan perjalanan kereta api terpanjang di dunia. Ini membolehkan pengembara melancong dari Lagos, selatan Portugal sehingga ke Singapura.

Perjalanan dari Lagos sehingga Singapura itu melibatkan beberapa perubahan yang mana akan merentasi Paris, Moscow dan Beijing dengan jarak perjalanan 18,755km. Petualangan berkenaan mengambil masa selama 21 hari.

Jom Baca:   Pekerja lebuh raya, sanggup mengotorkan dan risikokan diri demi pengguna lain

Difahamkan sebelum ini perjalanan darat secara bersambungan berakhir di Vietnam dengan jarak perjalanan 16,898km. Kemudian mereka yang ingin melancong ke Singapura perlu menggunakan bas dari Saigon melalui Kemboja kemudian ke Bangkok, Thailand.

Imej via Dailymail UK

Tetapi pembukaan laluan kereta api kelajuan tinggi yang menghubungkan Kunming, China ke Vientiane, Laos membuka perjalanan baharu.

Perjalanan hampir sebulan itu akan membawa anda melalui 13 negara berbeza dari Sepanyol, Poland dan Belarus di Eropah kemudian ke Mongolia, Thailand dan Malaysia untuk perjalanan Asia.

Perjalanan yang memerlukan beberapa pertukaran singkat antara stesen itu telah dikira oleh pengguna laman web Reddit dengan bantuan peminat kereta api British, Mark Smith.

Jom Baca:   Penduduk terpaksa guna tangan baiki jalan dan jambatan peninggalan syarikat balak!

Sepanjang tempoh 21 hari itu, Smith menjelaskan melibatkan beberapa perhentian semalaman termasuk penyediaan visa, dokumen dan perjalanan kereta api sambungan. Anggaran keseluruhan kos adalah Euro1200 (RM5,679). 

Secara ringkas perjalanan itu melibatkan laluan Lagos di Algarve kemudian merentasi Eropah dan Siberia. Selepas itu, pelancong akan menuju ke selatan melalui Laos, Thailand dan Malaysia sebelum akhirnya berada Singapura.

Smith yang juga mantan pengurus stesen kereta api Charing Cross and Cannon Street, London menjelaskan pengembara perlu bermalam di beberapa lokasi misalnya di Lisbon, Madrid dan Paris serta tinggal dua malam di Moscow dan Beijing. 

Jom Baca:   Hanya 10 saat rembat spoiler Perodua Myvi depan rumah

Pengendali laman web Seat61 itu juga memberitahu untuk membuat perjalanan yang lengkap, pengembara perlu menunggu kerana dua laluan terpanjang iaitu Paris ke Moscow dan Moscow ke Beijing ditutup sementara susulan pandemik.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here