120 unit C8 Corvette rosak akibat putik beliung terpaksa dimusnahkan

1657

Puting beliung dan cuaca buruk yang melanda beberapa kawasan di Amerika Syarikat, khususnya di Mayfield, barat Kentucky telah menyebabkan kemusnahan besar.

Kejadian tersebut turut memusnahkan kilang pengeluaran C8 Corvette iaitu kilang Chevrolet Bowling Green, yang berpangkalan di Kentucky dan merosakkan kira-kira 120 unit kenderaan. 



Menerusi perkongsian beberapa foto yang  dimuat naik di Facebook, Kornel J Werner memaparkan barisan kereta yang terdiri daripada 120 unit C8 Corvette yang difahamkan tidak dapat dibaiki dan terpaksa dimusnahkan.

Bagaimanapun, dinyatakan bilangan unit yang terkesan adalah lebih daripada itu dan kakitangan kilang masih memeriksa baki kenderaan yang musnah akibat bencana.

Selain itu, pemilik yang dijadualkan untuk menerima kereta tersebut juga terpaksa dibatalkan. Malah, bagi mengutamakan keselamatan pekerja, pihak kilang terpaksa menghentikan pengeluaran buat sementara bagi memenuhi standard dari keselamatan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here