
Benelli Malaysia memperkenalkan empat pilihan warna baharu untuk skuter neo-retro Panarea 125.
Model gaya hidup kompak ini kini ditawarkan pada harga RM6,998, naik sedikit berbanding RM6,888 ketika dilancarkan pada 2022.


Empat warna baharu yang diperkenalkan adalah :
- Charcoal Black
- Rosa Pink
- Modena Silver
- Ivory White
Warna-warna ini menyertai barisan warna sedia ada untuk memberi lebih pilihan kepada pembeli yang mementingkan gaya dan kepraktisan untuk kegunaan harian di bandar.
Menampilkan gabungan elemen klasik dan moden, Panarea 125 disasarkan kepada penunggang yang mencari skuter ringkas tetapi bergaya.
Antara kelengkapan utama yang disertakan :
- Lampu hadapan dan belakang LED
- Panel meter gabungan analog-digital
- Ruang simpanan bawah tempat duduk 12L
- 2 poket storan depan + port pengecasan USB
- Lampu kecemasan & suis pemati enjin
Panarea 125 dikuasakan enjin 124cc, satu silinder, 4-lejang SOHC dengan suntikan bahan api elektronik dan penyejukan udara.
Ia mampu menjana kuasa 8.44 hp @ 7,500 rpm dan tork 9.2 Nm @ 6,000 rpm.


Kuasa disalurkan ke roda belakang melalui transmisi automatik CVT dengan pemacu tali sawat.
Untuk keselesaan, skuter ini dilengkapi :
- Suspensi depan – Fork teleskopik
- Suspensi belakang – Teleskopik dengan pelarasan preload
- Brek – Cakera 190mm depan & drum 130mm belakang
- Tayar – 100/90-12 depan, 110/90-12 belakang pada rim 12 inci
- Berat kering – 104kg | Ketinggian tempat duduk – 760mm
- Kapasiti tangki – 4.6L
Skuter ini turut hadir dengan pilihan starter elektrik dan engkol.
Setiap pembelian Panarea 125 dilindungi waranti 2 tahun atau 20,000 km, mana yang terdahulu, terhadap kecacatan pengilangan.
Benelli Malaysia turut menyediakan platform pembelian alat ganti tulen secara dalam talian, tertakluk kepada terma dan syarat.
Ditubuhkan di Pesaro, Itali pada 1911, Benelli adalah antara pengeluar motosikal tertua di dunia.


Di Malaysia, jenama ini kini mempunyai rangkaian produk yang luas merangkumi skuter neo-retro, motosikal adventure, naked bike dan sportbike fully faired.
Dengan harga RM6,998, Benelli Panarea 125 2026 kini boleh didapati di pengedar sah Benelli seluruh Malaysia.

