Yamaha YZF-R15 Dark Knight diperkenalkan di India, harga RM10k

418

Yamaha India memperkenalkan warna baharu buat sportbike R15 V4 menerusi edisi Dark Knight.

Dijual pada harga INR 1.81 lakh (RM10,135) menjadikan ia warna lebih mampu milik berbanding Racing Blue dan Intensity White. 



Dark Knight ditawarkan dengan warna badan hitam kusam bersama kemasan emas pada muka depan, panel sisi, suspensi depan dan juga rim.

Mekanikal masih lagi sama menggunakan enjin 155cc silinder tunggal yang menghasilkan kuasa 18.1hp dan tork 14.2Nm bersama transmisi 6-kelajuan.

Di India, Yamaha R15 V4 bersaing dengan KTM RC 125, RC200, Suzuki Gixxer SF 250 dan Bajaj Pulsar RS200. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here