Ingin tahu tentang teknologi e:HEV Honda, kunjungi GEN H bermula 3 Jun depan

263

Honda Malaysia menganjurkan acara jelajah GEN H di tiga buah negeri terpilih iaitu Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Johor.

Seiring dengan tagline ‘Honda, Hybrid dan Hype’, acara itu bagi mendekatkan lagi rakyat Malaysia dengan teknologi hibrid Honda yang ditawarkan di pasaran lokal.



Pada acara berkenaan, pengunjung boleh mendalami serta mencuba sendiri teknologi e:HEV yang diperkenalkan pada rangkaian model Honda Malaysia.

LOKASI

3 – 4 Jun 

10 pagi – 10 malam

Linear Park, Taman Desa Tebrau, Johor Bahru

10 – 11 Jun 

10 pagi – 10 malam

Juru Auto City, Pulau Pinang

17 – 18 Jun

10 pagi – 10 malam

Stadium Bukit Jalil Car Park C, Kuala Lumpur

 

Masuk adalah percuma. Selain daripada itu, Honda Malaysia turut menyediakan pelbagai aktivitu buat pengunjung  misalnya pandu uji, bengkel, fun fair, arked, bazar dan lain-lain. 

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura berkata Honda Malaysia merupakan perintis dalam memperkenalkan teknologi hibrid kepada rakyat Malaysia menerusi teknologi Integrated Motor Assist (IMA) pada Civic Hybrid, 19 tahun lalu. 

“Maklum balas yang positif apabila Honda memperkenalkan Sport Hybrid i-DCD pada 2017 melalui City dan Jazz hybrid.

“Dengan teknologi hibrid termaju kami yang terkini, e:HEV iaitu sistem hibrid dua motor yang memberikan prestasi berkuasa dan kecekapan pada masa sama serta mengekalkan DNA Honda yang menyeronokkan untuk dipandu,” katanya.

Trenkuasa 1.5L e:HEV pertama kali diperkenalkan pada model City (2020) di Malaysia diikuti City Hatchback dan HR-V pada 2022. Kemudian, Honda Malaysia memperkenalkan Civic 2.0L e:HEV pada hujung tahun lalu. 

Sejak pelancaran ketiga-tiga varian e:HEV, Honda Malaysia telah menjual 2,800 unit City, City Hatchback (1,600 unit) dan HR-V (2,600 unit). 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here