Kereta terbakar di laluan motor, seorang lelaki maut

400

Seorang lelaki maut manakala seorang lagi wanita warga Thailand cedera ringan selepas kereta dinaiki terbakar di laluan motosikal, di Seputeh, Kuala Lumpur, malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada jam 10.18 malam.



Pasukan operasi jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seputeh dan BBP Pantai dengan kekuatan anggota seramai 17 pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian didapati berlaku kebakaran melibatkan sebuah kereta.

“Jenis dan nombor pendaftaran kereta tidak dapat dikenal pasti akibat kemusnahan kebakaran 100 peratus. Operasi pemadaman menggunakan satu aliran (attacking).

“Seorang lelaki warga tempatan yang mengalami kecederaan teruk disahkan mati di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya.

Tambahnya, manakala seorang wanita warga Thailand mengalami cedera ringan dan dirawat oleh anggota unit kecemasan.

“Kebakaran berjaya dipadamkan oleh anggota. Mangsa diserahkan kepada pihak KKM dan polis untuk tindakan lanjut,” ujarnya. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here