Lori penuh rokok seludup RM2.1 juta ditinggal tepi Pantai Senok

220

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas sebuah lori yang membawa muatan 2.09 juta batang rokok seludup bernilai RM2.1 juta (termasuk cukai) yang ditinggalkan di pesisir Pantai Senok, Bachok, Rantau Panjang, kelmarin.

Pasukan Operasi Cawangan Penguatkuasaan JKDM Rantau Panjang menyerbu kawasan itu kira-kira jam 11.30 malam selepas menjalankam risikan di pesisir pantai tersebut.

Pengarah JKDM Kelantan, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, serbuan dijalankan ke atas sebuah lori 10 tan di tepi pantai itu apabila mendapati rokok seludup diangkut dari atas bot ke dalam kenderaan berkenaan.



Menurutnya, pemeriksaan di dalam lori itu menjumpai sebanyak 2.09 juta batang rokok bernilai RM731,500 dengan cukai berjumlah RM1.4 juta.

“Siasatan mendapati, rokok-rokok itu disyaki diseludup dari negara jiran ke Kelantan melalui jalan laut dengan menggunakan bot.

“Ini merupakan kes pertama tangkapan melibatkan modus operandi menggunakan laluan laut di pesisir Pantai Senok untuk menyeludup rokok,” katanya.

Mengulas lanjut, Wan Jamal Abdul Salam memberitahu, siasatan mendapati, rokok-rokok tersebut dipercayai akan dijual untuk pasaran di Kelantan.

Katanya, pihaknya masih menjalankan siasatan terhadap lori tersebut dan masih mengesan kesemua pemiliknya. Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here