“Saya pemilik McLaren diguna Opai tetapi..,” Hafiz Wasa

1465

Baru-baru ini, suami Faten Afeefa, Opai menjadi bualan netizen apabila tidak menggunakan nombor plat sebenar pada McLaren miliknya.

Bahkan, penggunaan nombor plat tunggal itu juga menjadi isu apabila didaftarkan atas nama orang lain.



Susulan itu, pemilik sebenar supercar tersebut, Hafiz Wasa memberi penjelasan bahawa McLaren itu dibeli Opai pada November lalu.

“Ya, saya pemilik kenderaan itu, cuma kami belum lakukan penukaran pindah milik sebab dia agak sibuk dengan urusan perkahwinan, umrah dan sedikit pembedahan.

“Semuanya masih dalam proses tapi bayaran dia dah selesai.

“Jadi itu memang kereta diapun, pelik dengan netizen ni, mungkin sebab video Opai yang viral baru-baru ini menyebabkan ia jadi bualan,” jelasnya.

Tambahnya, kereta itu dibeli Opai bagi membantunya yang sedang berdepan masalah perniagaan. 

“Kami dah kenal sejak 2016. Sepanjang perkenalan, dia dekat luar tidak sama macam dalam video. Dia seorang yang bain dan hormat orang,” kongsinya. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here