McLaren F1 ini bakal dilelong, harga mungkin cecah RM97 juta

15

McLaren F1 diperkenalkan di persada dunia pada tahun 1992 dan pernah dinobatkan sebagai kereta produksi terpantas di dunia.

Salah satu unit McLaren F1 bakal dilelong di RM Sotheby’s pada bulan depan, dan harganya dijangka mencecah lebih $23 juta (RM97 juta).

Unit bernombor 062 ini pada mulanya dimiliki oleh CEO Oracle Software Larry Ellison, sebelum berpindah milik sebanyak dua kali.

Setakat artikel ini ditulis, McLaren F1 (1997) ini mencatatkan perbatuan kurang 10,460 km.

Ia menampilkan naiktaraf oleh McLaren Special Operations, termasuklah sistem ekzos sport, sistem pendingin hawa yang dinaik taraf dan tangki bahan api aluminium.

Jentera ini telah menjalani servis major pada Oktober 2023, di mana sistem transmisi telah dibina semula, selain empat palam pencucuh baharu dan empat tayar baharu.

McLaren F1 ini merupakan satu daripada tujuh unit yang diimport masuk ke Amerika Syarikat, menampilkan warna Magnesium Silver dan kemasan kabin berwarna hitam kelabu.

Dengan tanda harga yang disebutkan tadi, ia mungkin sekali akan menjadi salah satu model F1 yang paling mahal pernah dijual.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here