Utama Berita Automotif Mitsubishi Outlander PHEV diperkenal di Filipina, pertama di ASEAN, bila giliran Malaysia?

Mitsubishi Outlander PHEV diperkenal di Filipina, pertama di ASEAN, bila giliran Malaysia?

7

Mitsubishi Motors memperkenalkan Mitsubishi Outlander PHEV di Filipina dan secara langsung menjadi penawaran rasmi pertama untuk rantau ASEAN. 

Outlander PHEV merupakan model andalan Mitsubishi Motors yang menggabungkan teknologi elektrifikasi dan sistem kawalan pacuan semua roda.

Mitsubishi Motors mula memperkenalkan Outlander PHEV pada 2013 sebagai SUV PHEV pertama di dunia. Model ini kini telah dijual di lebih 60 negara.

Ia turut mencatat jualan PHEV nombor satu di Kanada selama tiga tahun berturut-turut dari 2023 hingga 2025.

Outlander juga merupakan model PHEV paling laris di Jepun bagi tahun fiskal 2024 dan 2025.

Kuasa 306 PS, jarak hampir 1,000 km

Outlander PHEV menggunakan enjin petrol 2.4 liter MIVEC yang dipadankan dengan motor elektrik di bahagian hadapan dan belakang.

Gabungan sistem tersebut menghasilkan kuasa maksimum 306 PS dan tork 450 Nm.

Model ini mampu mencapai jarak pemanduan gabungan hampir 1,000 km, termasuk jarak sehingga 100 km menggunakan kuasa elektrik.

Sistem PHEV boleh bertukar antara kuasa elektrik dan petrol mengikut keperluan pemanduan.

Enjin petrol akan diaktifkan apabila kuasa tambahan atau jarak perjalanan lebih jauh diperlukan.

Pemandu juga boleh memilih antara empat mod pemanduan EV:

  • Normal
  • Save
  • Charge
  • EV Priority

Outlander PHEV menyokong pengecasan AC Type 2 dan boleh digunakan sebagai kenderaan hibrid elektrik walaupun kemudahan pengecasan tidak tersedia.

S-AWC dan tujuh mod pemanduan

Outlander PHEV dilengkapi sistem Super All-Wheel Control (S-AWC).

Ia menggabungkan Twin-Motor 4WD, Active Yaw Control (AYC), Anti-lock Braking System (ABS), Active Stability Control (ASC) dan Traction Control System (TCS).

Sistem ini menyelaras pelbagai sistem kawalan bagi mengoptimumkan cengkaman, kestabilan dan pengendalian mengikut keadaan pemanduan.

Selain itu, terdapat tujuh mod pemanduan yang terdiri daripada:

  • Normal
  • Eco
  • Power
  • Tarmac
  • Gravel
  • Snow
  • Mud

Normal, Eco dan Power membolehkan pemandu memilih karakter pemanduan mengikut gaya pemanduan harian.

Tarmac, Gravel, Snow dan Mud pula mengoptimumkan penghantaran kuasa serta kawalan cengkaman mengikut permukaan jalan.

Sistem keselamatan Mitsubishi Motors Safety Sensing

Dari aspek keselamatan, Outlander PHEV dilengkapi Mitsubishi Motors Safety Sensing (MMSS).

Antara ciri yang ditawarkan ialah:

  • Pengelakan Perlanggaran Hadapan
  • Amaran Titik Buta
  • Bantuan Penukaran Lorong
  • Amaran Lintasan Belakang
  • Amaran Penyimpangan Lorong
  • Lampu Tinggi Automatik
  • Amaran Perhatian Pemandu

Rekaan luaran dan kabin

Outlander PHEV tampil dengan badan yang lebar, reka bentuk sasa dan permukaan badan yang kemas.

Bahagian hadapan menggunakan konsep Dynamic Shield, manakala lampu luaran LED penuh dan rim aloi dua tona bersaiz 20 inci melengkapkan reka bentuknya.

Di dalam, model ini menggunakan kemasan tempat duduk kulit berwarna kelabu cerah serta bahan soft-touch.

Ia turut dilengkapi bumbung panoramik bagi memberikan suasana kabin yang lebih terbuka.

Antara kelengkapan teknologi dan keselesaan ialah:

  • Skrin 12.3 inci Smartphone-Link Display Audio (SDA)
  • Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar
  • Sistem audio Dynamic Sound Yamaha Premium dengan lapan pembesar suara
  • Cermin Pandang Belakang Pintar
  • Papar Pandu
  • Kawalan pendingin hawa automatik tiga zon
  • Tempat duduk kuasa lapan hala untuk pemandu dan penumpang hadapan
  • Sokongan lumbar
  • Fungsi memori
  • Fungsi pemanas dan pengudaraan tempat duduk

Harga Mitsubishi Outlander PHEV di Filipina

Mitsubishi Outlander PHEV ditawarkan di Filipina pada harga PHP2,848,000, bersamaan kira-kira RM186,743.

Tiga pilihan warna luaran ditawarkan, iaitu White Diamond, Black Diamond dan Red Diamond.

Outlander PHEV boleh didapati melalui pengedar Mitsubishi Motors yang sah di seluruh Filipina bermula 20 Ogos 2026.

Kredit gambar: Mitsubishi Motors/Mitsubishi Motors Philippines Corporation

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here