[Video] Satu pesawat Lion Air panik, pemuda jerit ‘ada bom’

94

Seorang pemuda yang dikenali sebagai ‘H’ berusia 41 tahun ditahan selepas mengamuk dan menjerit ‘ada bom’ dalam pesawat Lion Air laluan Jakarta-Kualanamu.

Insiden itu menyebabkan semua penumpang Lion Air yang menuju ke Medan terpaksa dikeluarkan dan menggunakan pesawat baharu ke tempat tujuan.

Kejadian pada Sabtu, jam 6.15 petang di lapangan terbang Soekarno-Hatta (Soetta) itu berlaku apabila pemuda berkenaan tiba-tiba mengamuk ketika pesawat menuju landasan untuk pelepasan dari Terminal 1A Bandara Soetta.

@

♬ –

Suspek langsung ditahan dan dibawa ke ruang OIC untuk diambil keterangan lebih lanjut oleh petugas dari Otoritas Bandara.

Susulan kejadian itu, pesawat lewat beberapa jam sebelum diganti dari pesawat Boeing 737-900 MAX PK-LRG ke Boeing 737-900ER PK-LSW menuju lapangan terbang Kualanamu, Medan.

Seramai 181 penumpang akhirnya dapat meneruskan perjalanan ke Lapangan Terbang Kualanamu pada jam 9.55 malam.

Berdasarkan Undang-Undang Nombor 1 Tahun 2009 mengenai Penerbangan, jenaka dan ugutan tentang bom di dalam pesawat dikategorikan sebagai kesalahan jenayah yang serius.

Pelaku boleh berdepan hukuman penjara 1 tahun atau sehingga 8 tahun sekiranya mengganggu operasi penerbangan.

@

♬ –

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here