
Khabar tentang supermoped Modenas ‘rancak’ diperkatakan sejak tahun 2022 dan penantian peminat dua roda tempatan bakal tiba ke penghujungnya.
Menjelang pelancaran supermoped berkenaan, tentunya pihak penyelidikan dan pembangunan (R&D) rancak menjalani ujian enduran motosikal tersebut.
Terkini, seorang pengguna media sosial Muhamad Shamim berkongsi imej intip moped berkenaan sedang menjalani ujian.
Motoqar dimaklumkan supermoped tersebut antara model baharu yang bakal lancar suku keempat tahun ini.
Kami juga difahamkan bulan ini jenama berkenaan bakal memperkenalkan sebuah model baharu namun bukanlah supermoped.
Bagaimanapun jangan bimbang kerana penantian peminat dua roda tempatan semakin tiba ke penghujungnya dan dipercayai Modenas bakal memperkenalkan jentera berkenaan bulan depan.
Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Roslan Roskan berkongsi projek supermoped Modenas bermula semula dengan projek baharu dengan bantuan daripada pihak Kawasaki.
Jelas beliau, trenkuasa dibangunkan serba baharu dan tidak lagi menggunakan enjin lama yang dibangunkan di Austria sebelum ini.
ARTIKEL LAIN
Supermoped Modenas bakal guna enjin 150cc yang boleh ditingkatkan kepada 180cc?