
Modenas rasmi melancarkan Kawasaki Z900 (2025) pada majlis pembukaan rasmi Pusat Teknikal Kawasaki (KTC) di Glenmarie, Shah Alam.
Z900 ini menampilkan falsafah Kawasaki Sugomi ikonik, menggabungkan gaya agresif dan pengendalian tangkas untuk memberikan pengalaman tunggangan yang meyakinkan.
Info ringkas Z900
- Enjin 948cc penyejuk cecair, empat silinder sebaris yang menghasilkan 123hp @ 9,500rpm dan tork 97.4Nm @ 7,700 rpm.
- Bingkai kekisi ringan dengan fork hadapan terbalik 41mm
- Kawasaki Traction Control (KTRC) + pilihan mod tunggangan
- Paparan digital TFT berwarna penuh dengan ketersambungan Aplikasi Rideology
Sementara, varian Z900 SE menawarkan pakej tambahan:
- Fork hadapan terbalik 41mm boleh laras sepenuhnya
- Penyerap hentak Öhlins S46 dengan gas untuk pengendalian lebih tajam
- Dwi cakera Brembo separa terapung 300mm dengan kaliper Brembo M4.32
Kawasaki Z900 2025 serba baharu kini tersedia di semua pengedar sah Kawasaki All-Star dan Kawasaki Exclusive seluruh negara pada harga :
- Kawasaki Z900: RM47,800
- Kawasaki Z900 SE : RM60,100
PUSAT TEKNIKAL KAWASAKI (KTC)
Sementara itu, pembukaan Pusat Teknikal Kawasaki (KTC) dan Ibu Pejabat Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS) yang baharu di Novus Business Park, Glenmarie dapat menghubungkan Malaysia secara langsung dengan rangkaian perkhidmatan global Kawasaki.
KTC berfungsi sebagai hab pusat Malaysia untuk sokongan teknikal dan selepas jualan, dengan fokus:
- Pusat Latihan Teknikal: Menyediakan latihan struktur untuk juruteknik pengedar.
- Hab Operasi Perkhidmatan: Menjadi rujukan untuk panduan teknikal dan penyeragaman proses.
- Pengurusan Alat Ganti & Peralatan: Memastikan kesediaan alat ganti, alatan khas, dan penyelarasan logistik.
- Sokongan Kualiti & Waranti: Pusat untuk diagnostik, pemeriksaan, dan penilaian waranti.
Selain itu, KTC juga merupakan platform untuk pembangunan bakat, melatih juruteknik seiring dengan standard global Kawasaki dan aspirasi TVET Malaysia.
Dalam komitmen terhadap keselamatan, MODENAS turut mengumumkan bahawa 12 model Kawasaki telah mencapai penarafan lima bintang di bawah MyMAP 2025.