Pesawat ringan ini guna enjin hibrid Kawasaki H2

7

Sebuah syarikat aviasi dari Perancis, VoltAero baru-baru ini memperlihatkan versi produksi sebenar model pesawat ringan dengan enjin hibrid yang digelar sebagai Cassio 330.

Menariknya, pesawat hibrid-elektrik tersebut menggunakan enjin daripada Kawasaki Ninja H2 yang telah diubahsuai lengkap dengan sistem hibrid bersiri.

Pada mulanya, VoltAero mahu menggunakan sistem pendorong hibrid selari namun telah digantikan dengan konfigurasi hibrid bersiri.

Dalam konfigurasi baharu itu, enjin Kawasaki itu akan dipadankan dengan dua unit motor elektrik Safran ENGINeUS untuk digunakan sebagai pendorong, sementara sebuah lagi motor elektrik akan digunakan untuk mengecas bateri semasa penerbangan.

Manfaatnya, pesawat ini tidak perlu risau akan pelepasan emisi semasa fasa taksi, berlepas dan pendakian awal, malah dengan mod elektrik ia boleh terbang dengan lebih senyap.

Cassio 330 mampu memuatkan sehingga enam orang pada satu-satu masa termasuk juruterbang, dan direka untuk kegunaan peribadi, syarikat sewa, komersial, penerbangan kargo serta tugas menyelamat.

Ia mampu terbang pada kelajuan 180 knot (331 km/j), dengan jarak penerbangan sehingga 1,200 km dan altitud operasi sekitar 3,658 meter.

Dalam satu perkembangan terbaharu, VoltAero telah menandatangani perjanjian untuk membekalkan sehingga 15 unit Cassio 330 untuk akademi penerbangan HM Aerospace Sdn Bhd.

Pesawat tersebut akan digunakan untuk tujuan latihan juruterbang profesional.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here