Gadis 19 tahun guna pesawat ringan untuk cipta rekod baharu keliling dunia solo

1067

Remaja kacukan British-Belgium berusia 19 tahun bakal mencipta rekod dunia  sebagai juruterbang wanita termuda mengelilingi dunia secara solo.

Zara Rutherford menggunakan pesawat paling ringan di dunia, Shark Aero akan merentasi 52 buah negara, lima benua dalam tempoh 12 minggu.



Pengembaraan selama tiga bulan itu akan membawanya menjelajahi lautan, padang pasir dan hutan belantara Siberia yang luas.

Penerbangan pusingan pertama adalah perjalanan singkat melalui terusan bandar kelahirannya, Kortrijk menuju ke England.

Zara yang bercita-cita menjadi angkasawan itu menjelaskan bahawa dirinya ingin memberi inspirasi kepada wanita muda agar mengejar impian mereka. 

“Saya ingin mengurangkan jurang jantina dalam bidang penerbangan serta Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM),” katanya.

Buat masa ini, Shaesta Waiz merupakan wanita termuda memegang rekod penerbangan solo seluruh dunia yang ketika itu berusia 30 tahun manakala rekod dunia juruterbang muda lelaki pula Travis Ludlow pada usia 18 tahun.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here