Selepas City, Proton Waja pula elak bayar tol

2234

Sebelum ini tular Honda City mengelak membayar tol kali ini Proton Waja pula cuba melakukan perkara yang sama.  

Video yang dimuatnaik oleh akaun TikTok @jannahalias_sofea itu menunjukkan Proton Waja berkenaan melakukan taktik sama dengan mengekori rapat kereta di depan.



Tindakan tersebut disedari oleh pemandu wanita berkenaan dan dia memperlahankan keretanya sebaik melepasi palang. Keadaan itu menyebabkan Waja tersebut tidak berjaya melalui palang berkenaan dan terpaksa menghentikan kereta.

Kedua-dua wanita itu ketawa gembira apabila berjaya menggagalkan taktik pemandu Waja tersebut. Bahkan kita boleh mendengar perbualan antara mereka berdua.

“Memang tak nak bayar sha. Dia memang tak nak bayar, mantap padan muka”.

“Padan muka kau”.

Perkongsian tersebut menarik perhatian netizen yang turut berpuas hati tindakan pemandu kereta terbabit.

Sementara itu, Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS) mengingatkan agar pengguna lebih bertanggungjawab untuk membayar tol dan tindakan itu turut membahayakan pengguna lain.

VIDEO
@jannahalias_sofea

semalam aku terkena hahahahaha! tp yang ni lain .. jenama Proton.. bukan H .. pokemon betul! (abaikan suara kteorg🤣)

♬ original sound – JannahAlias_Sofea – JannahAlias_Sofea

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here